Jabatan Kesihatan Labuan ambil langkah berjaga-jaga terhadap HFMD

LABUAN, 26 Dis (Bernama) -- Jabatan Kesihatan Labuan mengambil langkah berjaga-jaga terhadap penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dari luar yang disebarkan kepada kanak-kanak di pulau bebas cukai ini, memandangkan tempoh persekolahan akan bermula bulan depan.

Pengarahnya Dr Ismuni Bohari berkata sejak beberapa tahun lepas, sejumlah besar kes HFMD yang dilaporkan adalah kes yang diimport.

"Kami sentiasa berjaga-jaga terhadap kes-kes HFMD yang diimport selepas cuti sekolah.

"Jabatan telah mengeluarkan peringatan kepada tadika dan pusat penjagaan kanak-kanak supaya sentiasa berjaga-jaga terhadap kemungkinan berlakunya penyakit itu," katanya kepada Bernama.

Dr Ismuni berkata ia berkemungkinan berlaku kerana sejumlah besar kanak-kanak pulang dari Sabah minggu depan kerana persekolahan akan dibuka semula tidak lama lagi.

Dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, sebanyak 246 kes telah direkodkan, dengan kurang daripada 10 tadika dan pusat penjagaan kanak-kanak diperintahkan ditutup.

Jabatan Kesihatan Sabah mencatatkan 940 kes HFMD dan 30 wabak seluruh negeri sehingga 19 Mei tahun ini, katanya.

-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018