Persatuan pengasuh minta ibu-bapa hantar anak-anak bagi pemeriksaan HFMD



LABUAN, 27 Dis (Bernama) -- Persatuan Pengasuh Berdaftar Labuan meminta ibu bapa dan penjaga supaya menghantar anak-anak mereka menjalani pemeriksaan tangan  kaki dan mulut (HFMD)  terlebih dahulu sebelum dihantar ke pusat asuhan seperti Tadika dan Taska.

Pengerusinya Suzana Karumin berkata pemeriksaan itu perlu berikutan meningkatnya kes HFMD seiring dengan pembukaan penggal tadika dan taska awal tahun depan.

Beliau mendedahkan bahawa  90 peratus kanak-kanak berusia antara tiga bulan hingga empat tahun yang diletakkan di bawah pusat penjagaan kanak-kanak Tadika dan Taska telah mengikuti ibu bapa dan penjaga masing-masing ke tanah besar ketika cuti sambutan Krismas.

"Kami mahu memastikan semua kanak-kanak  bebas daripada gejala kes HFMD sebelum memasuki pusat jagaan demi kebaikan mereka serta kanak-kanak yang lain ," katanya.

Suzana berkata ini merupakan usaha persatuan bagi menentukan tiada tadika dan tabika yang  diberikan notis penutupan ekoran HFMD. 

“Ibu bapa akan terpaksa bersusah  payah mengambil cuti sekiranya pusat jagaan kanak-kanak diarah tutup ekoran wabak itu,” katanya.

Pada Rabu, Jabatan Kesihatan Labuan mengeluarkan amaran  mengenai kes HFMD dari luar  yang menyebar dikalangan kanak-kanak di sini menjelang bermulanya musim persekolah bulan depan.

Pengarahnya Dr Ismuni Bohari berkata sejak beberapa  tahun kebelakangan ini sejumlah besar kes HFMD yang dilaporkan adalah dari luar.

“Kami mengeluarkan peringatan kepada tadika dan pusat jagaan kanak-kanak supaya  sentiasa berwaspada  tentang kemungkinan penularan wabak itu,” katanya kepada Bernama.

Dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini sejumlah 246 kes telah dicatatkan dan 10 tadika dan pusat jagaan kanak-kanak di sini diberikan notis penutupan.

Jabatan Kesihatan Sabah mencatatkan 940 kes HFMD  dan 30 insiden wabak sehingga Mei tahun ini. 

-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018