ALOR SETAR, 2 Jan (Bernama) – Jabatan Kesihatan Negeri Kedah (JKNK) mengeluarkan 31 notis amaran dalam pemeriksaan penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2008 yang berkuatkuasa semalam.
Pengarahnya, Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, daripada jumlah itu, 29 notis dikenakan terhadap pemilik premis yang gagal mempamerkan tanda larangan merokok mengikut Peraturan 12(a) dan dua notis dikeluarkan mengikut Peraturan 11(1)(d) iaitu kesalahan merokok dalam kawasan larangan merokok.
“Seramai 53 pegawai penguatkuasa daripada 11 daerah terlibat dalam pemeriksaan yang melibatkan 164 premis makanan termasuk restoran, gerai makanan dan penjaja, namun masih ada yang gagal mematuhi larangan tersebut untuk kita beri notis,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Katanya, selain itu seramai 471 orang awam telah diberi pendidikan secara bersemuka dan 799 risalah mengenai pewartaan larangan merokok di dalam premis makanan turut diedarkan.
“Pada Nov lalu kita telah memberikan taklimat berkaitan pewartaan larangan merokok itu kepada 2,440 pengusaha premis supaya mereka dapat memahami dan mematuhi peraturan berkenaan dan ia akan dilakukan secara berterusan,” ujarnya.
Beliau menyeru agar pengusaha premis makanan segera mempamerkan tanda larangan merokok bagi menyampaikan mesej berhubung peraturan tersebut kepada orang awam.
Orang ramai juga diminta agar peka dengan persekitaran dan tidak merokok bagi melindungi orang awam dari terdedah kepada bahaya asap rokok.
Berkuatkuasa semalam, semua premis makanan yang berhawa dingin atau tidak berhawa dingin diwartakan sebagai kawasan larangan merokok mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2018, Akta Makanan 1983.
Denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih enam bulan boleh dikenakan terhadap pemilik premis yang tidak mempamerkan tanda larangan merokok dan denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak lebih setahun jika pemilkik premis gagal memastikan tiada orang merokok di dalam premis.
Mana-mana individu yang melanggar peraturan itu dengan menghisap rokok di premis makanan pula boleh didenda maksimum RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN