Doktor Turki kembalikan denyutan jantung pasangan kembar Rohingya

ANKARA, 7 Jan (Bernama) -- Para doktor Turki telah berjaya mengembalikan denyutan jantung pasangan kembar Rohingya yang terhenti ketika berada dalam perut ibu mereka, lapor agensi berita rasmi Turki Anadolu memetik kenyataan Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan Turki (AFAD) pada Ahad.

Kenyataan itu menyebut seorang wanita hamil 32 minggu yang mengalami sawan akibat tekanan darah tinggi telah dibawa ke Hospital Sahra di Bangladesh, yang dibuka oleh AFAD dan Kementerian Kesihatan Turki.

Pesakit itu segera dibawa ke bahagian pembedahan selepas doktor gagal mendengar degupan jantung kedua-dua bayi, dan berkat usaha doktor Turki terbabit, nasib pasangan kembar itu umpama mati hidup semula.

Ibu pasangan kembar itu menamakan bayi lelaki sebagai Amaorara manakala yang perempuan, Ameorara.

Ibu dan kedua-dua bayi telah dibenarkan keluar dari hospital selepas mereka pulih, kata AFAD.

Turki terus berdiri bersama-sama umat Islam Rohingya -- yang melarikan diri daripada penganiayaan di Myanmar serta cuba bertahan di Bangladesh -- sejak permulaan krisis kemanusiaan di rantau itu.

AFAD, yang menyelaras bantuan Turki di rantau itu, menubuhkan tempat perlindungan dan menggali telaga untuk Rohingya.

Lebih 180,000 pesakit telah dirawat manakala 1,215 lagi menjalani pembedahan di Hospital Sahra sejak tahun lepas.

Sejumlah 106 bayi turut dilahirkan di hospital itu.

-- BERNAMA

 


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018