Skandal jualan produk kesihatan di China, 18 suspek ditahan

TIANJIN, 7 Jan (Bernama) -- Polis China menahan 18 individu kerana didakwa terbabit dengan skandal penjualan piramid dan iklan palsu produk kesihatan, lapor agensi berita Xinhua.

Menurut kumpulan penyiasatan bersama, individu ditahan itu termasuk seorang lelaki berusia 51 tahun dikenali sebagai Shu dari sebuah syarikat QuanJian Nature Medicine Technology Development Co Ltd yang berpusat di Tianjin.

Pada 1 Januari, polis Tianjin memulakan siasatan ke atas syarikat yang didakwa menganjurkan dan mengetuai skim penjualan piramid di samping membuat tuntutan palsu dalam iklannya.

Setakat Isnin, 18 suspek ditahan dan dua yang lain dibebaskan dengan ikat jamin sementera menunggu perbicaraan.

Berikutan pendedahan skandal itu, pihak berkuasa Tianjin memulakan kempen mengesan aktiviti penjualan produk kesihatan yang tidak mematuhi peraturan selain iklan palsu untuk melariskan jualan serta penjualan dalam talian yang tidak sah.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018