Jabatan kesihatan Labuan periksa lebih 300 premis makanan



LABUAN, 7 Dis (Bernama) -- Jabatan Kesihatan Labuan telah memeriksa lebih 300 premis makanan  selaras dengan arahan larangan merokok di semua restoran dan premis makanan di negara ini berkuatkuasa 1 Januari lepas.

Pengarahnya Dr. Ismuni Bohari berkata hasil pemeriksaan itu, sebanyak 84 notis  dikeluarkan kepada pemilik premis atas kesalahan tidak mempamerkan tanda larangan merokok.

“Bagaimanapun dalam tempoh tersebut tiada sebarang notis dikeluarkan kepada orang awam atas kesalahan merokok di premis makanan dan ini menunjukkan ada kesedaran dikalangan perokok mengenai  peraturan baharu ini ” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengetuai Operasi Penguatkuasaan Perwartaan Tempat Makan Sebagai Kawasan Larangan Merokok  di sekitar kawasan China Town  di sini, semalam.

Dr. Ismuni berkata, operasi  melibatkan 48 penguatkuasa Jabatan Kesihatan dan  turut disertai pegawai kesihatan dari Perbadanan Labuan lebih bersifat kempen dan  pendidikan kepada orang ramai mengenai peraturan tersebut yang dijalankan sehingga Jun  tahun ini.

Dalam operasi itu, sebanyak empat lokasi telah diperiksa melibatkan kawasan pekan Jati, Utama Jaya, Terminal Feri dan China Town, kata beliau.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018