Jabatan Kesihatan Terengganu keluar 1,368 notis amaran kepada premis makanan



KUALA TERENGGANU, 8 Jan (Bernama) -- Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu telah mengeluarkan notis amaran terhadap 1,368 premis makanan yang gagal mempamerkan label larangan merokok. 

Pengarah Kesihatan negeri, Dr Mohd Jusoh berkata jumlah berkenaan melibatkan premis seluruh negeri dalam tempoh tujuh hari, selepas pelaksanaan larangan itu dan ia adalah hasil pemeriksaan terhadap 2,838 premis makanan.

"Daerah Kuala Terengganu mencatatkan pengeluaran notis amaran tertinggi iaitu melibatkan 269 pemilik premis makanan diikuti Hulu Terengganu sebanyak 254 premis, Besut (203), Kemaman (201), Kuala Nerus (182), Setiu (104), Dungun (89) dan Marang (66). 

Daerah Besut pula mencatatkan pengeluaran notis amaran tertinggi kepada perokok iaitu sebanyak 63 kes, diikuti Dungun (10), Kuala Terengganu (enam), Kemaman (lima) dan Setiu (empat).

"Bagaimanapun, tiada perokok dijumpai di premis makan di daerah Kuala Nerus, Hulu Terengganu dan Marang semasa pemantauan dilakukan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.  

Sebanyak 283 pegawai penguatkuasa akan terlibat dengan pemantauan sedemikian, melibatkan 6,239 premis makanan termasuk restoran, gerai makan dan penjaja.

Dr Mohd berkata pihaknya berharap semua pemilik premis makanan dapat memberi kerjasama mempamerkan tanda larangan merokok bagi menyampaikan mesej kepada orang ramai supaya tidak merokok di premis berkenaan. 

"Pemilik premis makanan bertanggungjawab memasang tanda larangan merokok mengikut spesifikasi yang betul dan meletakkan di tempat yang mudah dilihat oleh pengunjung. 

"Standard tanda larangan merokok di tempat makan sebagaimana yang ditetapkan oleh peraturan mesti dibuat daripada bahan yang keras, legap dan tahan lama, ketinggian 50 sentimeter (cm) dan lebar 40 cm,”  katanya.

-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2