Kementerian Kesihatan timbang kemungkinan larangan merokok di institusi pengajian tinggi awam dan swasta

Noor Hisham Abdullah

PUTRAJAYA, 8 Jan (Bernama) -- Kementerian Kesihatan sedang menimbang kemungkinan meluaskan lagi kawasan larangan merokok sehingga meliputi ke kawasan institusi-institusi pengajian tinggi seperti sekolah-sekolah swasta dan awam, serta universiti tahun ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata rancangan itu sedang ditimbangkan selaras dengan fokus kementerian untuk melindungi hak kalangan mereka yang tidak menghisap rokok, yang merangkumi kira-kira 80 peratus daripada penduduk negara.

“Agenda kementerian kesihatan adalah untuk memberi tumpuan kepada usaha mewujudkan persekitaran yang sihat buat kalangan bukan perokok. Mereka yang merokok boleh meneruskan tabiat mereka, tapi mereka perlu menghormati hak bukan perokok,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku Pharmaceutical Association of Malaysia (PhAMA) Industry Fact Book: 2018 Edition oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad di sini hari ini.

Sebelum ini perintah larangan merokok dikuatkuasa di bangunan Parlimen, diikuti premis menjual makanan mulai tahun ini, di bawah Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2018, dan selepas itu pihak kementerian dikatakan turut sedang menimbang kemungkinan menguatkuasa larangan berkenaan di kedai-kedai dobi dan hotel.

Dalam tempoh enam bulan pelaksanaan larangan merokok di premis-premis menjual makanan, penguatkuasa kementerian kesihatan tidak akan mengenakan kompaun, hanya mengeluarkan surat-surat amaran, dan selepas tempoh itu sesiapa yang didapati bersalah boleh didenda sehingga RM10,000, atau dipenjara sehingga dua tahun.

Sementara itu Presiden PhAMA Chin Keat Chyuan dalam ucapannya berkata edisi kedua buku mengenai industri PhAMA itu menyediakan maklumat lengkap mengenai lanskap semasa industri farmaseutikal negara, maklumat mengenai pertubuhan, di samping syarikat-syarikat individu, serta usaha mereka dalam menangani trend terkini berkaitan kesihatan dan cabaran-cabaran yang dihadapi Malaysia.

-- BERNAMA

 


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018