KUALA TERENGGANU, 8 Jan (Bernama) – Sepasang bayi kembar yang dilahirkan menerusi teknik In-Vitro Fertilisation (IVF) bukan sahaja menceriakan ibu bapanya yang menunggu cahaya mata hampir lapan tahun, tetapi juga mencatat sejarah di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
Kedua-dua bayi itu diktiraf sebagai bayi ke-100 dan 101 oleh HSNZ menerusi teknik IVF atau lebih dikenali sebagai kaedah persenyawaan dalam tabung uji oleh Unit Perawatan Reproduktif HSNZ sejak tahun 2009.
Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Mohd Jusoh berkata bayi perempuan seberat 2.56 kilogram (kg) diiktiraf sebagai bayi ke-100 dilahirkan Ahad lepas menerusi teknik itu manakala adiknya, bayi lelaki seberat 2.6 kg pula diiktiraf sebagai bayi ke-101.
"Kedua-dua bayi itu dilahirkan secara pembedahan pada 11.28 pagi (bayi perempuan) diikuti bayi lelaki pada pukul 11.29 pagi.
"Sejak dimulakan pada tahun 2009, sebanyak 700 pasangan telah menjalani rawatan IVF dengan 727 pemindahan embrio dijalankan dan setakat ini, seramai 101 bayi berjaya dilahirkan," katanya kepada pemberita selepas majlis meraikan bayi istimewa itu di sini hari ini.
Daripada jumlah 101 bayi melalui teknik IVF itu, 52 adalah bayi lelaki dan 49 lagi ialah bayi perempuan.
Di Malaysia, hanya terdapat empat hospital kerajaan yang menawarkan perubatan teknik IVF iaitu HSNZ bagi Zon Pantai Timur, Hospital Kuala Lumpur (Zon Tengah), Hospital Sultanah Bahiyah (Zon Utara) dan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (Sabah dan Sarawak).
Berikutan kejayaan itu, Dr Mohd juga mempelawa mana-mana pasangan suami isteri yang masih belum mempunyai cahaya mata agar mendapatkan rawatan di HSNZ dengan kos yang lebih murah (RM3,500 hingga RM4,000) sahaja.
Sementara itu, ibu bapa kepada bayi kembar itu, Nurfidiamil Rozali, 35, dan suaminya Zairi Anuar Zakaria, 36, pula menyifatkan kelahiran bayi kembar itu sebagai anugerah Allah yang sangat bernilai dalam menyerikan lagi hidup mereka berdua.
Nurfidiamil berkata beliau tidak pernah merancang kelahiran sejak melangsungkan perkahwinan pada tahun 2011 dan berikhtiar dengan pelbagai cara termasuk kaedah tradisional untuk mendapatkan zuriat.
Pasangan itu belum menamakan anak mereka.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN