Jabatan Kesihatan Perak keluar 3,334 notis amaran terhadap premis perniagaan

IPOH, 9 Jan (Bernama) -- Jabatan Kesihatan Perak telah mengeluarkan sebanyak 3,334 notis amaran  terhadap pemilik premis perniagaan makanan di negeri itu yang gagal mematuhi piawaian peruntukan peraturan tanda larangan merokok sejak ia dikuatkuasakan pada 1 Jan lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia Perak, A. Sivanesan berkata notis amaran yang dikeluarkan itu membabitkan pemeriksaan terhadap 5,462 premis makanan di seluruh negeri.

Katanya sebanyak 432 notis amaran juga telah dikeluarkan kepada individu yang didapati merokok dalam kawasan larangan bagi tempoh sama.

"Hanya notis amaran sahaja yang dikeluarkan dan tiada sebarang tindakan akan diambil sebagaimana yang diputuskan Kementerian Kesihatan.

"Walau bagaimanapun, saya menyeru agar semua pihak, sama ada perokok ataupun pengusaha premis makanan, mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan," katanya pada sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Sivanesan turut memberi penjelasan berhubung kekeliruan sesetengah perokok terhadap jarak tiga meter yang diperuntukkan dalam peraturan berkenaan.

"Walaupun peniaga itu meletakkan meja di luar yang mungkin agak jauh daripada meja-meja lain, ia tetap dikira sebagai kawasan larangan merokok. Ukuran tiga meter itu bermula dari kawasan atau meja terakhir yang disediakan peniaga kepada pelanggan yang datang," katanya.

Beliau turut mengulangi ingatan  denda sehingga RM10,000 atau penjara sehingga dua tahun boleh dikenakan kepada mana-mana perokok yang didapati gagal mematuhi arahan berkenaan.

Katanya  bagi pengusaha premis makanan pula, mereka akan didenda sehingga RM3000 atau penjara enam bulan jika gagal mematuhi arahan sama.

"Hukuman ini akan dilaksanakan selepas  enam bulan tempoh yang diberikan oleh kerajaan terhadap penguatkuasaan peraturan larangan merokok ini," katanya.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.


UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 1