UiTM lancar bas klinik bergerak UEMR

SHAH ALAM, 9 Jan (Bernama) -- Penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan orang ramai kini boleh mendapatkan perkhidmatan bas Tujuan Khas Penyelamat Kecemasan Bergerak (UEMR) yang mula diperkenalkan pada 27 Nov lalu.

Naib Canselor UiTM, Prof Emeritus Datuk Dr Hassan Said berkata kenderaan itu berfungsi memberi perkhidmatan untuk rawatan pesakit luar, pembedahan kecil dan berkhatan ke lokasi yang diperlukan secara berkala sama ada di dalam atau luar UiTM.

"Ia juga berfungsi sebagai pusat arahan kepada semua ambulans dan paramedik yang bertugas serta boleh digunakan sebagai Klinik Medan semasa penganjuran program sukan ataupun dalam situasi bencana,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran UEMR di kampus utama universiti itu di sini, hari ini.

Menurut Hassan, reka bentuk kenderaan tersebut adalah sama seperti bas penumpang yang lain tetapi kedudukan lantainya direndahkan sedikit bagi memudahkan pesakit dalam kalangan Orang Kelainan Upaya (OKU) dan penggunaan pengusung semasa pemindahan pesakit.

Beliau berkata dengan adanya kemudahan UEMR, Pusat Kesihatan UiTM dapat memperluas lagi skop perkhidmatan bukan sahaja dalam kampus, tetapi turut memberi perkhidmatan kesihatan kepada pesakit mahupun komuniti di luar kampus.

"Perkhidmatan ini dapat diberikan menerusi program khidmat masyarakat bersama penuntut, terutama penuntut Fakulti Perubatan, Pergigian dan Sains Kesihatan," katanya menambah UiTM merupakan universiti awam pertama memiliki kenderaan kesihatan itu.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2