KOTA BHARU, 9 Jan (Bernama) -- Dua institusi pengajian tinggi awam negeri ini menyambut baik cadangan kementerian kesihatan dalam memperluaskan larangan merokok dalam kawasan pengajian bermula tahun ini.
Timbalan Pengarah (Sokongan dan Akademik) Politeknik Kota Bharu Mohd Hisham Makhtar berkata larangan itu akan mengukuhkan lagi penguatkuasaan sedia ada di pusat pengajian awam negeri ini.
"Di PKB memang arahan larangan merokok telah lama kita kuat kuasakan. Malah kita telah mula mengenakan saman kepada pelajar yang didapati melanggar peraturan itu sejak enam tahun lepas dengan denda RM50 bagi setiap kesalahan melalui Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Katanya penguatkuasaan saman tersebut berjaya mengekang aktiviti merokok secara terbuka dalam kawasan pengajian sekali gus mewujudkan persekitaran udara yang lebih bersih.
Justeru katanya cadangan memperluaskan larangan merokok itu bertepatan dengan langkah yang telah diambil oleh PKB.
Pandangan sama turut dikongsikan Timbalan Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Prof Datuk Dr Ibrahim Che Omar yang menyifatkan cadangan tersebut langkah tepat mewujudkan persekitaran pengajian yang kondusif.
"UMK memang menyambut baik cadangan tersebut. Memang kita telah lama mengeluarkan arahan larangan merokok dalam kawasan pengajian dan tiada aktiviti merokok secara terbuka dikenal pasti setakat ini," katanya.
Katanya UMK juga mengambil pendekatan mengenakan tindakan tatatertib selain memberi amaran keras kepada pelajar yang "degil" dalam mematuhi larangan berkenaan.
Semalam Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata rancangan memperluaskan kawasan merokok di pusat pengajian tinggi awam dan swasta sedang dipertimbangkan selaras dengan fokus Kementerian Kesihatan untuk melindungi kira-kira 80 peratus penduduk negara yang tidak merokok.
Perintah larangan merokok sebelum ini dikuatkuasakan di bangunan parlimen diikuti premis menjual makanan mulai tahun ini di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (pindaan) 2018.
Kementerian Kesihatan bagaimanapun mengambil pendekatan mengeluarkan surat amaran dalam tempoh enam bulan pertama ini sebelum mengenakan kompaun sehingga RM10,000 atau penjara hingga dua tahun selepas tempoh itu.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN