Pantai Hospital Penang tawar pemeriksaan kesihatan percuma kepada pemandu Grab



GEORGE TOWN, 11 Jan (Bernama) -- Pantai Hospital Penang dengan kerjasama GrabCar menawarkan pemeriksaan kesihatan percuma kepada semua pemandu Grab di seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Pan Wen Lek berkata pemeriksaan itu melibatkan 68 ujian komprehensif termasuk ujian air kencing, darah, fungsi buah pinggang dan sebagainya, yang bernilai RM128.

Beliau berkata kepentingan dalam menjaga keselamatan dan kesihatan para pemandu syarikat e-hailing itu adalah sama pentingnya dengan menjaga keselamatan para penumpang mereka.

“Sebagai pembekal perkhidmatan kesihatan, kami di Pantai Hospital Penang memandang tinggi terhadap usaha kami untuk menyemai kesedaran di kalangan orang ramai mengenai kepentingan menjaga kesihatan, kerana ia ada aset yang paling berhaga kita miliki, namun ramai yang masih memandang ringan mengenainya,” katanya dalam persidangan media hari ini.

Katanya beliau juga berharap manfaat kerjasama ini dapat dikembangkan lagi sehingga turut merangkumi anggota keluarga pemandu Grab, menerusi program GrabAllStars menjelang suku pertama 2019.

Sementara itu Pantai Hospital Penang turut menawarkan Bengkel Perubatan dan Kecemasan, yang menyediakan plarform kepada para pemandu Grab di Pulai Pinang untuk mendapat akses pengetahuan asas mengenai pertolongan cemas dan kehidupan sihat.

-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018