2,773 notis kesalahan dikeluarkan tahun lepas berkaitan kesalahan merokok di Melaka

Exco Kesihatan dan Antidadah Melaka, Low Chee Leong (tengah) menunjukkan poster Kempen 'Bebas Rokok, Hidup Sihat' sebagai usaha meningkatkan kesedaran awam ketika program walkabout di Jonker Walk, hari ini Turut kelihatan Pengarah Urusan Mamee Double Decker (M) Berhad, Datuk Gary Choo Kok Sen (kiri) dan lagenda bola sepak negara, Datuk Soh Chin Aun.

MELAKA, 12 Jan (Bernama) -- Sebanyak 2,773 notis kesalahan dikeluarkan Jabatan Kesihatan negeri tahun lepas atas kesalahan merokok di kawasan larangan dan pelbagai kesalahan lain di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004.

Exco Kesihatan dan Antidadah Melaka, Low Chee Leong berkata bagi tahun ini pula, 470 notis amaran pendidikan mengenai larangan merokok di premis makan telah dikeluarkan oleh Jabatan berkenaan sejak penguatkuasaan larangannya bermula.

Beliau berkata menerusi 820 pemeriksaan yang dijalankan oleh Jabatan Kesihatan negeri juga 428 notis amaran dikeluarkan kepada pemilik dan pengusaha kedai makanan kerana gagal mempamerkan papan tanda atau poster mengenai larangan itu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas melakukan walkabout kempen 'Bebas Rokok, Hidup Sihat’ anjuran Jabatan Kesihatan negeri dengan kerjasama Mamee Double Decker (M) Berhad dan Lagenda Football Club di Jonker Walk, di sini, hari ini.

Perintah larangan merokok pada mulanya dikuatkuasa di bangunan Parlimen, sebelum diikuti larangan di premis menjual makanan mulai tahun ini di bawah Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2018, dan selepas itu Kementerian Kesihatan dikatakan turut sedang menimbang kemungkinan menguatkuasa larangan berkenaan di kedai-kedai dobi dan hotel.

Dalam tempoh enam bulan pelaksanaan larangan merokok di premis-premis menjual makanan, penguatkuasa Kementerian Kesihatan tidak akan mengenakan kompaun, hanya mengeluarkan surat-surat amaran, dan selepas tempoh itu sesiapa yang didapati bersalah boleh didenda sehingga RM10,000, atau dipenjara sehingga dua tahun.

-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2