KANGAR, 14 Jan (Bernama) -- Agensi yang bertugas di sempadan Malaysia-hailand diarah memperketat kawalan terhadap kemasukan orang ramai termasuk pelancong ke negara ini bagi mengelak penularan virus Chikungunya yang telah melanda Hat Yai, Thailand.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Negeri, Teh Chai Ann berkata Jabatan Kesihatan negeri juga telah diminta mengambil tindakan selanjutnya bagi mencegah jangkitan virus itu.
"Tumpuan diberi di tiga pintu masuk utama sempadan Malaysia-Thailand (iaitu) Padang Besar, Wang Kelian dan Kuala Perlis yang menjadi pilihan pelancong dari Satun (Thailand)," katanya di sini, hari ini.
Teh turut menasihati para pelancong yang pulang dari destinasi percutian di negara itu agar segera mendapatkan pemeriksaan doktor jika mendapati tanda-tanda seperti demam, sakit kepala dan ruam pada badan.
Media tempatan Thailand, Bangkok Post baru-baru ini melaporkan wabak virus Chikungunya, jangkitan penyakit virus yang merebak kepada manusia melalui gigitan nyamuk Aedes, yang endemik di kawasan tropika terutamanya Afrika, dilaporkan dikesan di Hat Yai.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN