Jabatan Kesihatan Pulau Pinang rampas 48 produk ‘mustajab’



BUKIT MERTAJAM, 14 Jan (Bernama) -- Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKMM) Jabatan Kesihatan Pulau Pinang merampas 48 jenis produk di sebuah premis di sini hari ini, yang didakwa mampu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

Pegawai Kesihatan Persekitaran BKKM, Mohd Wazir Khalid yang mengetuai operasi pemeriksaan di premis makanan kesihatan di Jalan Baru itu, berkata produk-produk berkenaan hanyalah makanan tambahan yang bernilai RM1,648.

"Pihak BKKM juga menemui beberapa produk yang menyembunyikan iklan khasiat palsu makanan kesihatan di dalam kotak produk berkenaan bagi mengelak ia dikesan pihak berkuasa,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata pihaknya turut mengeluarkan notis kompaun RM6,000 kepada pemilik premis berkenaan dan kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 18E Peraturan-Peraturan Makanan 1985, Akta Makanan 1983.

“Pengeluar produk (yang dirampas) ini juga didapati meletakkan risalah iklan mengelirukan di dalam kotak produk  bagi mengelak daripada dikesan pihak berkuasa,” katanya.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2