Peningkatan mendadak kes HFMD di Sarawak



KUCHING, 24 Jan (Bernama) – Kes  penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Sarawak mencatatkan peningkatan mendadak dengan 615 kes dilaporkan dalam tempoh tiga minggu pertama tahun ini berbanding 112 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Jamilah Hashim berkata, daripada jumlah itu, 77 peratus kes melibatkan kanak-kanak berusia bawah tiga tahun dan 42 kes telah dimasukkan ke wad kerana dehidrasi disebabkan luka dalam bahagian mulut.

Menurut beliau dalam kenyataan hari ini, tiga bahagian mencatatkan jumlah melebihi 100 kes iaitu Bahagian Miri (143), Kuching (111) dan 102 kes di Sibu.

Beliau berkata bagi tempoh 1 hingga 19 Jan lalu, sebanyak 44 kluster HFMD telah dilaporkan melibatkan 31 kejadian berlaku di rumah persendirian, sembilan melibatkan murid prasekolah dan empat di pusat jagaan kanak-kanak.

Katanya, setakat ini, empat prasekolah dan pusat jagaan kanak-kanak diarahkan tutup di bawah Seksyen 18 (1) (d), Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai yang mempunyai anak-anak kecil mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengurangkan risiko daripada dijangkiti penyakit berkenaan.

-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2