Sistem eLP JKNJ mudahkan urusan dapatkan laporan perubatan - Exco



KLUANG, 24 Jan (Bernama) -- Bagi memudahkan urusan mendapatkan laporan perubatan di hospital kerajaan, Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) kini mengguna pakai sistem e-Laporan Perubatan (eLP) di semua 12 hospital kerajaan di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Johor, Dr Sahruddin Jamal berkata eLP merupakan sistem berasaskan web yang dibangunkan dengan menggunakan kepakaran pegawai-pegawai di JKNJ.

Beliau berkata sistem tersebut merupakan aplikasi yang pertama seumpamanya di Kementerian Kesihatan Malaysia dan dibangunkan sejak April 2015.

"Sistem eLP ini menjamin tahap keselamatan maklumat melalui kaedah capaian maklumat dengan adanya penggunaan kata laluan khas. Sistem ini turut dilengkapi dengan sistem auto-logout dalam masa 30 minit.

"Malah lebih manis lagi, sistem berkenaan kini menjadi rujukan beberapa jabatan kesihatan negeri lain dan yang telah membangunkan serta mula menggunakannya bermula awal tahun ini ialah JKN Kelantan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas pelancaran sistem berkenaan di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), di sini hari ini.

Dr Sahruddin berkata sepanjang tahun lepas, sebanyak 20,782 permohonan laporan perubatan telah diterima di 11 hospital di negeri ini dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 4,625 permohonan iaitu 22 peratus adalah permohonan yang diterima secara atas talian.

Katanya, permohonan atas talian terbabit majoritinya adalah dari pihak peguam dan agensi penguat kuasa.

Terdapat beberapa kelebihan atau faedah ketara boleh diperoleh oleh pemohon menerusi sistem tersebut katanya, iaitu penjimatan kos operasi, masa serta mengurangkan tempoh masa interaksi antara pelanggan dengan petugas di kaunter.

"Walaupun sistem ini telah dibangunkan oleh JKNJ, pelaksanaan aplikasi sistem ini adalah berkonsepkan perkongsian pintar dan telah digunakan oleh beberapa Jabatan Kesihatan Negeri yang lain dan sistem eLP ini boleh direplikasi dan diubah suai mengikut keperluan di semua Unit Rekod, JKN di seluruh Malaysia.

"Selain itu empat JKN lain iaitu Wilayah Persekutuan, Selangor, Pahang danTerengganu serta dua institusi iaitu Hospital Kuala Lumpur dan Institut Perubatan Respiratori turut menunjukkan minat terhadap sistem eLP ini,” katanya.

Turut hadir, Pengarah JKNJ Dr Selahudden Abd Aziz; Timbalan Pengarah JKNJ, Dr Izam Suleiman dan Pengarah HEBHK Dr Azura Abu Bakar.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.


UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 1