KKM sambut baik keputusan Sarawak sertai larangan merokok di premis makanan

KUCHING, 25 Jan (Bernama) -- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyambut baik keputusan kerajaan Sarawak semalam, untuk perluasan perwartaan kawasan larangan merokok di tempat makan di negeri ini bermula 1 Mac depan.

KKM dalam satu kenyataan berkata ia akan mula membuat pemantauan pematuhan ke tempat makan di seluruh negeri ini melalui Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak dan pegawai-pegawai penguatkuasa.

“Taklimat kepada empunya dan pengusaha premis tempat makan mula dilaksanakan pada Oktober 2018, dan akan diteruskan dengan aktiviti penguatkuasaan pendidikan secara edaran risalah dan pendidikan bersemuka kepada perokok.

“Pewartaan larangan merokok di semua tempat makan bertujuan untuk melindungi orang awam terutama golongan bukan perokok daripada terdedah kepada bahaya asap rokok,” kata kenyataan itu.

KKM mewartakan semua tempat makan sebagai Tempat Larangan Merokok berkuat kuasa pada 1 Jan 2019 di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2018, Akta Makanan 1983. 

Ia juga selaras dengan komitmen Malaysia kepada Artikel 8, Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau (FCTC) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

-- BERNAMA


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2