Kerja fizikal projek pembinaan Hospital Kerian siap lapan peratus



IPOH, 28 Jan (Bernama) -- Kerja fizikal di tapak projek pembinaan Hospital Kerian di Simpang Lima dekat Parit Buntar telah siap lapan peratus berbanding jadual awal iaitu sembilan peratus.

Menurut kenyataan Jabatan Kerja Raya (JKR), bagi isu percanggahan maklumat dan lukisan terbina yang berlaku di peringkat awal pembinaan, ia telah diselesaikan melalui Mesyuarat Teknikal dan mesyuarat penyelarasan Model Bangunan Bermaklumat (BIM) yang diadakan secara berterusan dari semasa ke semasa.

Beliau berkata isu pembinaan seperti percanggahan antara lukisan, penyelarasan kerja dan pematuhan kepada keperluan teknikal dan pihak berkuasa tempatan (PBT) serta agensi utiliti merupakan isu yang sering dibincangkan dan diselesaikan bersama antara JKR, Kementerian Kesihatan (KKM), pihak kontraktor dan pihak yang berkepentingan.

“Perbincangan itu melalui Mesyuarat Teknikal dan Mesyuarat Tapak yang diadakan secara berkala untuk memastikan kerja-kerja di tapak tidak tergendala dan mengakibatkan kelewatan,” katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan JKR sebagai mengulas mengenai laporan sebuah akhbar yang menyatakan hasil tinjauan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim mendapati perkembangan projek pembinaan hospital terbabit amat mengecewakan apabila kontraktor memaklumkan berdepan masalah kelewatan daripada jadual asal sebanyak lima peratus.

Memetik laporan akhbar itu juga, Hasnul Zulkarnain mengakui terkejut punca kelewatan perjalanan projek mega terbabit disebabkan kesilapan JKR yang mana terdapat percanggahan dalam aspek lukisan terbina (construction drawing) diserahkan kepada kontraktor berbanding pihak arkitek.

Kenyataan itu menyebut, keputusan untuk melaksanakan projek perintis itu secara konvensional yang berkonsepkan IBS dan BIM telah dipersetujui secara bersama dengan KKM.

“Selaku agensi pelaksana, JKR sentiasa berusaha untuk mempelopori dan melaksanakan kaedah baharu pembinaan bagi menambah baik sistem penyampaian projek kepada rakyat,” katanya.

Katanya, JKR melalui Pasukan Projek Khas yang ditempatkan secara sepenuh masa di tapak sentiasa menjalankan intervensi atau pemantauan yang rapi terhadap semua projek di sepanjang tempoh pelaksanaan bagi memastikan segala isu serta permasalahan dapat dikenal pasti dan diselesaikan supaya projek dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan. 

“JKR komited dan bersedia untuk menerima pandangan daripada pihak yang berkaitan dalam pelaksanaan projek ini demi menjaga kepentingan awam,” katanya.

Projek pembinaan hospital itu yang bakal memuatkan 76 katil bermula pada 2 Jan 2018 dan dijadualkan siap pada 28 Dis 2020 dengan kos RM136.7 juta.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Childhood Obesity A Growing Health Crisis In Malaysia

By Jenny Imanina Lanong Abdullah and Murni Nasri

KUALA LUMPUR, (Bernama) -- Farhan (not his real name) was sent to a private hospital by his parents to seek treatment for the infection on his right leg.

read more ››

IN FOCUS

In Focus : Hospital Pharmacy (UMSC)


In Focus : Hospital Medical Records (UMSC)

UMSC Consultant Speaks: Fatty Liver, The Silent Epidemic Part 3

UMSC Consultant Speaks: Fatty Liver, The Silent Epidemic Part 2

UMSC Consultant Speaks: Fatty Liver, The Silent Epidemic Part 1