Rabies: jangan buang sampah, sisa makanan secara haram



TAIPING, 30 Jan (Bernama) -- Kementerian Kesihatan meminta penduduk di Daerah Larut Matang Selama (LMS) supaya tidak membuang sampah dan sisa makanan di kawasan yang tidak dibenarkan kerana bimbang anjing liar yang memakannya dikhuatiri membawa wabak penyakit anjing gila atau rabies.

Timbalan menterinya Dr Lee Boon Chye berkata ia berikutan anjing-anjing liar yang berkeliaran akan menjadikan tempat pembuangan sampah haram sebagai tempat untuk mencari makanan dan akhirnya menjadi penyebar wabak berkenaan.

"Walaupun wabak rabies dikesan tidak merebak kepada manusia namun setakat ini empat kes membabitkan anjing yang membawa penyakit rabies telah dilupuskan di sini. Malah pengawasan dan pengawalan juga sedang giat dijalankan," katanya pada sidang media selepas merasmikan program Kesedaran Penyakit Rabies di sini hari ini.

Baru-baru ini, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Datuk Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizam dalam satu kenyataan telah mewartakan Mukim Taiping dan Bukit Gantang sebagai kawasan jangkitan penyakit rabies.

 Dr Quaza berkata ia susulan aduan daripada pemilik anjing bahawa dua ahli keluarganya digigit anjing di Taman Sri Kota Fasa 2, Taiping pada 31 Dis lepas dan mendapati sampel otak daripada anjing tersebut telah diuji dan disahkan positif rabies.

Mengulas lanjut, Lee berkata sehingga semalam, sebanyak 3,700 ekor anjing telah divaksinkan dan 347 anjing telah dilupuskan di sini sejak pewartaan wabak itu diumumkan di mukim berkenaan.

“Pihak kami juga telah memberikan empat dos vaksin setiap seorang membabitkan 28 orang pemilik anjing bagi mencegah penyakit anjing gila,” katanya.

Berhubung dua individu yang menjadi mangsa gigitan anjing peliharaan yang didapati positif rabies sebelum ini, beliau berkata mereka masing-masing berumur 26 dan 51 tahun itu telah melengkapkan empat dos pelalian vaksin anti-rabies selain telah menerima suntikan rabies immunoglobulin (RIG) serta berada dalam keadaan sihat dan masih dalam tindak susul pakar perubatan Hospital Taiping.

Beliau berkata Pejabat Kesihatan daerah LMS telah mengeluarkan surat pemakluman kepada semua pengamal perubatan di Perak agar memperkukuhkan pengawasan kes gigitan aning dan haiwan lain serta memastikan pengurusan kes dilakukan dengan betul dan kes dirujuk ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut, sekiranya perlu.

“Maklumat berhubung haiwan yang menggigit mangsa juga perlu dikongsikan dengan pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk tindakan kawalan,” katanya.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2