Kira-kira 60 peratus penyakit kanser di Malaysia dikesan pada tahap lewat



KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Dianggarkan 60 peratus penyakit kanser di negara ini dikesan pada tahap lewat  iaitu Tahap III dan IV, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata antara faktor yang menyumbang kepada perkara itu ialah kurang kesedaran mengenai  kepentingan menjalankan ujian saringan  dan pengesanan awal.

"Kita perlu bersama memerangi mitos, maklumat tidak benar dan salah faham yang menyebabkan  rakyat  Malaysia enggan menjalani saringan, enggan atau melambat-lambatkan rawatan awal dan percaya kepada rawatan yang tiada bukti keberkesanan," katanya dalam kenyataan sempena sambutan Hari Kanser Sedunia 2019 yang disambut 4 Feb setiap tahun.

Menteri itu berkata, kanser kini penyebab kedua tertinggi kematian dalam kalangan rakyat Malaysia. Baru-baru ini dilaporkan penyakit jantung sebagai penyebab utama kematian rakyat Malaysia bagi tempoh 13 tahun,  dari 2005 hingga 2017.

Tiga jenis kanser tertinggi dalam kalangan lelaki di Malaysia iaitu kolorektal (16.4 peratus), paru-paru (15.8 peratus), dan nasopharynx (8.1 peratus) manakala dalam kalangan wanita adalah kanser payudara (32.1 peratus), kolorektal (10.7 peratus) dan serviks (7.7 peratus).

"Beban penyakit kanser dijangka meningkat disebabkan prevalen faktor-faktor risiko penyakit tidak berjangkit yang tinggi dan populasi menua di Malaysia," kata Dr Dzulkefly.

Beliau seterusnya menarik perhatian bahawa Kementerian Kesihatan menyediakan perkhidmatan  saringan untuk empat jenis kanser iaitu payudara, serviks, kolorektal dan oral di klinik kesihatan yang dikendalikannya.

Saringan bagi individu berisiko tinggi untuk kanser tertentu seperti hati, prostat dan nasopharynx boleh didapati di hospital di bawah kementerian.

-- BERNAMA
 

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2