Tanggapan rakyat terhadap kualiti perkhidmatan dan kemudahan kesihatan lebih utama



KUALA SELANGOR, 10 Feb (Bernama) – Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad  menyifatkan tanggapan rakyat terhadap kualiti perkhidmatan serta penyediaan kemudahan kesihatan di negara ini adalah lebih utama berbanding pengiktirafan daripada pihak luar.

Beliau berkata walaupun Malaysia berada pada kedudukan pertama dalam kategori Penjagaan Kesihatan bagi Indeks Persaraan Global Tahunan 2019, namun keprihatinan semua pihak dalam menyediakan  perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat tempatan sepatutnya diberi lebih tumpuan.

“Pengiktirafan yang kita terima itu amat membanggakan kerana ia adalah usaha yang dilakukan sejak sekian lama. Namun cabarannya adalah adakah kita mampu kekalkan kedudukan pertama dan tanggapan negara luar itu tentang kemudahan terbaik yang telah disediakan oleh sektor awam dan swasta.

“Pendekatan saya adalah kita adakan usahasama antara sektor perkhidmatan kesihatan awam dan swasta pada masa hadapan supaya (perkhidmatan kesihatan terbaik) bukan saja untuk orang luar, yang penting bagi saya adalah bagaimana rakyat kita berpuas hati dengan kemudahan dan perkhidmatan yang kita beri kepada mereka,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan ‘Tabung Medical4Gaza’, di sini, hari ini.

Katanya, walaupun pengiktirafan itu boleh menjadi batu loncatan kepada Malaysia dalam bidang pelancongan kesihatan, namun semua pihak mesti turut sama menggembleng usaha bagi memastikan rakyat sendiri turut mengiktiraf sektor perkhidmatan kesihatan negara.

Pada Rabu lepas, akhbar Costa Rica News melaporkan Malaysia memperoleh skor 95 daripada 100 mata untuk berada pada kedudukan pertama bagi Indeks Persaraan Global Tahunan 2019.

Akhbar itu turut melaporkan di Malaysia, seseorang itu tidak perlu membuat temu janji berjumpa dengan doktor pakar dan tidak perlu rujukan daripada pengamal perubatan, dan hanya perlu mendaftar di hospital dan menunggu giliran untuk bertemu pakar.

-- BERNAMA


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2