Kementerian Kesihatan tidak pernah lulus herba cegah denggi

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Kementerian Kesihatan melalui Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) tidak pernah meluluskan sebarang produk herba dengan tuntutan untuk memulih dan mencegah demam denggi, zika atau chikungunya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kementerian menerima aduan mengenai produk herba yang diiklan melalui media sosial dengan tuntutan untuk memulih dan mencegah demam denggi.

Dr Noor Hisham dalam kenyataan hari ini menegaskan semua pengiklanan bagi produk yang berdaftar dengan PBKD perlu mendapat kelulusan Lembaga Iklan Ubat (LIU), Kementerian Kesihatan sebelum disiarkan kepada orang awam. 

“Tindakan undang-undang boleh diambil terhadap iklan ubat yang disiarkan tanpa kelulusan LIU di bawah Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956. Jika sabit kesalahan, individu atau syarikat terbabit boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Selain mengambil langkah pencegahan denggi yang berpunca daripada nyamuk Aedes, kementerian menasihatkan orang ramai segera mendapatkan rawatan jika mengalami gejala demam denggi seperti demam, sakit kepala, sakit sendi, ruam, loya, muntah atau gejala amaran awal seperti muntah berterusan, sakit perut atau keletihan. 

Sebarang maklumat berkenaan produk ubat yang meragukan boleh disalur kepada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia melalui pautan https://www.npra.gov.my/index.php/public-enquiry-complaints/contactus atau menelefon talian 03 7883 5400 atau emel npra@npra.gov.my.

-- BERNAMA


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018