Kes demam denggi meningkat di Kelantan dengan dua kematian

KOTA BHARU 13 Feb (Bernama) -- Kelantan mencatatkan dua kematian akibat denggi dan 484 kes penyakit itu dalam tempoh enam minggu pertama tahun ini.

Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Zaini Hussin berkata jumlah kes yang dicatatkan itu ialah sehingga 9 Feb dan jumlah itu meningkat hampir 300 peratus berbanding 138 kes dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Bercakap kepada Bernama di sini hari ini beliau berkata kematian pertama akibat denggi dilaporkan pada 23 Jan lepas membabitkan seorang lelaki berusia 63 tahun dari Bachok.

"Kes kedua pula  seorang wanita dari Pasir Mas yang dipercayai dijangkiti virus denggi ketika pulang bercuti di Selangor sempena sambutan Tahun Baharu Cina lepas. 

“Mangsa dimasukkan ke Hospital Pasir Mas pada 2 Feb kerana demam sebelum dipindahkan ke Hospital Kota Bharu dan meninggal pada 6 Feb lepas,” katanya dan menambah dua daripada pesakit kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Kota Bharu.

Beliau menasihati pesakit demam denggi supaya  berehat dalam rumah sehingga sembuh sepenuhnya bagi mengelak daripada menjadi ejen penularan virus denggi.

Dr Zaini berkata ini kerana virus yang berada di dalam tubuh pesakit masih aktif dan jika dihinggapi nyamuk eades, darah yang tercemar dengan virus boleh disebarkan kepada orang lain.

Katanya, keadaan cuaca yang panas sekarang menyebabkan nyamuk Aedes lebih agresif mencari mangsa berbanding ketika cuaca sejuk.

Ditanya mengenai punca kenaikan jumlah pesakit denggi di negeri ini, Dr Zaini berkata ia mempunyai  kaitan dengan orang ramai  yang bercuti di luar Kelantan pada musim perayaan lalu dan pulang ke negeri ini dengan membawa virus penyakit itu.

Justeru beliau menasihati orang ramai supaya menggunakan penghalau serangga bagi mengelakkan digigit nyamuk Aedes yang menjadi punca demam denggi, chikungunya, zika dan demam kuning biasa yang  aktif dari jam 5 pagi hingga 8 pagi dan 5 petang hingga 8 malam.

-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018