Pesakit rawatan hemodialisis MMC dirujuk ke HTJ - Exco

SEREMBAN, 15 Feb (Bernama) -- Kesemua 274 pesakit yang mendapatkan rawatan hemodialisis di Mawar Medical Centre (MMC) di sini telah dirujuk ke Hospital Tuanku Jaafar  (HTJ) hari ini selepas operasi MMC ditamatkan semalam. 

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri S. Veerapan berkata mereka telah dipanggil ke HTJ dan diberi maklumat tentang tempat alternatif untuk mereka menyambung rawatan.

“Pesakit terbabit juga diberikan kemudahan pengangkutan ke hospital berdekatan untuk membuat rawatan dialisis.

"Bermakna, Kementerian Kesihatan telah mengambil tindakan sewajarnya untuk memastikan pesakit hemodialisis MMC ini dibela dan terus mendapat rawatan di hospital kerajaan,” katanya kepada kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya penutupan MMC itu bagaimanapun tidak melibatkan 13 cawangan pusat hemodialisis lain yang dilesenkan di bawah Pusat Hemodialisis Mawar (PHM).

Tentang nasib 57 orang kakitangan MMC, beliau berkata perkara itu sedang dikaji.

"Saya juga ada membuat cadangan kepada kerajaan negeri, bagaimana kita (kerajaan negeri) akan mengambilalih MMC dan menambah baik pusat perubatan itu," katanya.

Semalam, Kementerian Kesihatan menutup pengoperasian MMC di sini setelah mendapati pusat perubatan itu gagal mematuhi keperluan perundangan bagi memastikan premis tersebut mempunyai lesen untuk beroperasi.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018