KPJ Perlis terima 10,000 pesakit sejak dibuka Mei tahun lepas



KANGAR, 16 Feb (Bernama) -- Hospital Pakar KPJ Perlis menerima hampir 10,000 pesakit luar sejak ia mula dibuka pada 17 Mei tahun lepas, sehingga Januari tahun ini.

Pengurus Besarnya, Sharian Hussain berkata sambutan yang diterima dari rakyat Perlis dan beberapa buah negeri di utara dan juga Thailand, amat menggalakkan.

“Kita juga menerima kira-kira lebih 2,000 pengunjung dari Satun, Thailand yang turun ke KPJ Perlis ini untuk mendapatkan rawatan di sini kerana dekat, berikutan hospital pakar yang berdekatan dengan mereka ialah di Hatyai,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di majlis Sambutan Tahun Baharu Cina 2019 di KPJ Perlis, yang dihadiri lebih 300 kakitangan Hospital KPJ dan tetamu, antaranya termasuk Pengarah Jabatan Kesihatan Perlis Dr Sirajuddin Hashim, Pesuruhjaya PAS Perlis Mohd Shukri Ramli dan Pengerusi Dewan Perniagaan Cina Perlis, Chin Ban Pai.

Seramai 30 orang anggota kaum Cina yang kurang berkemampuan sekitar Perlis diraikan di majlis itu dengan pemberian angpau dan sumbangan keperluan asas.

KPJ Perlis merupakan hospital pakar swasta tunggal di Perlis dan merupakan yang ke-25 di bawah pengurusan KPJ Healthcare Berhad yang dirasmikan oleh Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail pada 1 Nov tahun lepas yang menelan kos lebih RM50 juta, dibangunkan dengan usahasama Yayasan Islam Perlis.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018