KUCHING, 16 Feb (Bernama) -- Jabatan Kesihatan Negeri mengesahkan wabak demam denggi melanda sekitar kawasan Sekama di sini, meliputi dua lokaliti iaitu di Jalan Sekama yang diisytiharkan wabak bermula 23 Jan 2019 dan di Jalan Sekama Utara yang diisytiharkan pada 11 Feb 2019.
Pengarah Kesihatan Negeri, Dr. Jamilah Hashim ketika mengesahkan demikian berkata sehingga 14 Feb ini terdapat 12 kes demam denggi dilaporkan di Jalan Sekama, manakala, tiga kes kes lagi di Jalan Sekama Utara.
Bagi menghalang wabak terus menular, beliau meminta semua penghuni dan pemilik premis di kedua-dua lokaliti wabak itu agar menjalankan aktiviti pembersihan persekitaran dan pemusnahan tempat yang menjadi punca pembiakan aedes di premis masing-masing setiap minggu.
"JKN Sarawak juga ingin mengingatkan masyarakat bahawa usaha menangani penyakit demam denggi ini adalah tanggungjawab bersama dan ia memerlukan penglibatan dan kerjasama pelbagai agensi serta masyarakat," katanya.
Malah, individu atau pemilik premis perlu juga memastikan kawasan persekitaran sentiasa bersih dan bebas daripada pembiakan nyamuk aedes.
Neliau berkata, pemilik rumah juga perlu melakukan penyemburan racun serangga (aerosol) di dalam premis kediaman bagi membunuh nyamuk aedes dewasa dan sekiranya mengalami demam harus segera pergi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan di klinik kesihatan berhampiran.
"Sebarang kelewatan bertindak boleh membawa maut; dan sentiasa mengambil langkah-langkah pencegahan demam denggi mengikut panduan yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dengan melayari laman sesawang di www.myhealth.gov.my atau www.infosihat.gov.my," katanya.
Beliau berkata, JKN Sarawak sentiasa komited dan bekerjasama dengan semua agensi dalam usaha mengawal dan menangani wabak demam denggi bagi kesejahteraan masyarakat Sarawak.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN