Sabah perlu ramai doktor pergigian - Stephen Wong



SANDAKAN, 17 Feb (Bernama) – Kerajaan negeri Sabah sedang berusaha meningkatkan jumlah doktor pergigian di negeri ini.

Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Stephen Wong Tien Fatt berkata, seorang doktor pergigian di negeri ini perlu berkhidmat untuk kira-kira 12,800 orang, berbanding di Semenanjung di mana nisbah doktor pergigian dan penduduk dianggarkan satu bagi setiap 6,000 penduduk.

“Harapan saya dalam dua atau tiga tahun akan datang ini, kita dapat merapatkan jurang nisbah doktor pergigian dan penduduk di Sabah dengan Semenanjung. Itu Petunjuk Prestasi Utama (KPI) saya.

“Kerajaan negeri juga sedang bekerja rapat dengan kerajaan pusat, memastikan doktor pergigian dari Semenanjung dapat berkhidmat lebih lama di sini, kerana tidak ramai anak Sabah menceburi bidang kesihatan pergigian,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina DAP Sandakan di sini malam tadi.

Wong berkata kerajaan negeri sedang berusaha menggalakkan lebih ramai rakyat kelahiran Sabah menceburi bidang kesihatan pergigian bagi mengatasi masalah kekurangan doktor gigi di negeri ini.

Beliau turut mencadangkan tawaran biasiswa bagi penuntut kesihatan pergigian agar mereka boleh terus berkhidmat dengan kerajaan selepas tamat pengajian.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018