Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad
PUTRAJAYA, 17 Feb (Bernama) -- Kementerian Kesihatan menafikan dakwaan bahawa pihaknya mengabaikan kebajikan pesakit serta staf Mawar Medical Centre dan hanya tertumpu terhadap aspek perundangan susulan penutupan premis itu pada 14 Feb lalu.
Dalam kenyataan hari ini, Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata isu pelesenan yang dihadapi oleh Mawar Medical Centre berpunca dari masalah dalaman yang membawa kepada perletakan jawatan kesemua doktor pakar yang berkhidmat di premis itu.
"Pengerusi Mawar Medical Centre/Pusat Hemodialisis Mawar, Datin Chua Lay Ping menghantar surat rasmi kepada pejabat saya pada 11 Feb 2019," katanya.
Dalam surat berkenaan, katanya, Pengerusi premis itu menyatakan disebabkan tiada pendapatan, gaji bulan Februari 2019 tidak dapat dikeluarkan; ketiadaan kakitangan hadir kerja akan menyebabkan pesakit dialisis tidak dapat menerima rawatan yang rapi; dan premis memohon kementerian menempatkan semua pesakit ke pusat hemodialisis yang lain dengan segera.
"Pihak premis juga telah menampal notis untuk memaklumkan bahawa rawatan dialisis hanya akan disediakan sehingga 14 Feb 2019 sahaja dan pesakit diminta membuat perancangan sendiri untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya.
Dr Dzulkefly berkata kementerian tidak mempunyai pilihan lain dan terpaksa bertindak dengan pantas demi menjaga kemaslahatan semua pesakit.
"Kementerian menafikan bahawa tindakan aktiviti penguatkuasaan diambil secara terburu-buru tanpa memikirkan kebajikan pesakit dan staf premis itu.
"Malah, tindakan-tindakan oleh pihak premis sendiri yang telah menyegerakan keperluan untuk aktiviti penguatkuasaan dijalankan," katanya.
Beliau berkata pihaknya juga menyangkal dakwaan bahawa pegawai penguatkuasa kementerian tidak membenarkan staf premis untuk mengambil barangan peribadi mereka dan mengarahkan staf untuk tidak hadir bekerja pada 15 Feb 2019.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN