Inisiatif atasi masalah parkir Hospital Melaka



MELAKA, 19 Feb (Bernama) -- Kerajaan Negeri Melaka mengambil inisiatif tertentu bagi mengatasi masalah kesesakan tempat letak kenderaan  yang kritikal dan berlarutan sejak sekian lama di Hospital Melaka, Jalan Mufti Haji Khalil di sini.

Exco Kesihatan dan Antidadah Melaka Low Chee Leong berkata justeru, sebanyak 100 petak tempat letak kenderaan di Masjid Al Azim, Bukit Palah di sini yang terletak bersebelahan hospital itu akan dibuka kepada kakitangan hospital berkenaan bermula pukul 5 pagi hingga 7 malam.

Beliau berkata langkah itu diambil berikutan pihaknya sering menerima aduan daripada orang ramai yang terpaksa mengambil masa yang lama bagi mencari ruang parkir akibat ruang parkir yang terhad di hospital berkenaan.

"Kita telah mencapai persetujuan setelah mengadakan perbincangan dengan pihak terlibat termasuk Majlis Agama Islam Melaka, Imam Besar Masjid Al-Azim dan pihak hospital berhubung isu kesesakan parkir, pada Selasa lepas. 

"Oleh itu, ruang parkir kakitangan di Hospital Melaka dapat dibuka kepada pelawat," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Low turut menyarankan agar pesakit atau pun anggota keluarga mereka juga memanfaatkan perkhidmatan farmasi pandu lalu di hospital berkenaan.

"Pesakit boleh menggunakan alternatif dengan mengambil ubat secara pandu lalu di Farmasi Satelit Lima iaitu berhampiran dengan Klinik Ortopedik tanpa menunggu lama di farmasi.

"Secara tidak langsung, kaedah ini dapat menjimatkan masa pesakit dan memudahkan  mereka berikutan tidak perlu turun untuk mencari tempat letak kenderaan," katanya.

Beliau berkata penduduk negeri itu digesa mengoptimumkan khidmat rawatan di Hospital Alor Gajah dan Hospital Jasin yang telah diiktiraf sebagai hospital kluster.

"Pesakit tidak perlu khuatir berikutan bakal menikmati rawatan kepakaran yang sama seperti di Hospital Melaka. Oleh itu, tumpuan pesakit ke Hospital Melaka dapat diminimumkan dan pada masa sama dapat mengurangkan kesesakan yang berlaku ketika ini.

Bagaimanapun, Low berkata pihaknya akan melakukan pemantauan dan penilaian dari semasa ke semasa bagi memastikan penambahbaikan hospital di negeri ini dapat dilakukan secara lebih efektif.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018