Cadangan naiktaraf HGM dapat sambutan baik ramai - Kae Chyau

KOTA BHARU, 19 Feb (Bernama) -- Orang ramai terutama penduduk Jajahan Gua Musang menyambut baik cadangan Kerajaan Persekutuan menaiktaraf Hospital Gua Musang (HGM).

Ahli Lembaga Pelawat HGM Ng Kae Chyau berkata sebelum ini ramai pesakit sekitar kawasan ini dihantar ke Hospital Kuala Krai atau ke Ipoh, Perak untuk mendapatkaan rawatan kerana HGM kurang peralatan perubatan dan doktor pakar.

"Saya mewakili rakyat di Gua Musang ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan kerana mendengar suara rakyat dari daerah ini.  Semasa zaman  kerajaan Barisan Nasional, penduduk di Gua Musang berharap HGM dapat dinaiktaraf tetapi tiada perkembangan lanjut dan ini menyedihkan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Kae Chyau yang juga Pengerusi DAP cawangan Bandar Utama Gua Musang berkata masalah kurang kemudahan ini menimbulkan banyak masalah kepada  pesakit dan keluarga mereka.

"Ini menyebabkan ada antara pesakit terpaksa menangguhkan rawatan dan ada antara mereka berisiko kehilangan nyawa mereka. Dengan adanya projek naik taraf HGM ini, pesakit boleh mendapat rawatan yang lebih baik tanpa perlu pergi ke tempat jauh untuk menerima rawatan," katanya.

Ogos lepas Kementerian Kesihatan dilaporkan akan menaik taraf 11 buah hospital tanpa pakar di seluruh negara menjadi hospital pakar minor bagi meningkatkan perkhidmatan perubatan pakar di kawasan luar bandar, dan Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye dilaporkan berkata HGM adalah salah satu darinya.

-- BERNAMA.






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018