Perlu ambil kira beberapa faktor sebelum bina Hospital Semenyih

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad ditemui pemberita selepas ketika menghadiri sambutan Tahun Baharu Cina peringkat kementerian hari ini.Turut sama timbalannya Dr Lee Boon Chye.

PUTRAJAYA, 19 Feb (Bernama) -- Kementerian Kesihatan perlu mengambil kira beberapa faktor termasuk keperluan dan kepadatan penduduk sebelum merancang untuk membina hospital di Semenyih, Selangor, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. 

Beliau berkata cadangan calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih Muhammad Aiman Zainali yang mahu sebuah hospital dibina di kawasan itu perlu lebih munasabah.

"Sesiapa sahaja boleh buat janji tetapi kami mengharapkan janji-janji itu lebih munasabah. Membina hospital bukan seperti membina mana-mana premis. Kementerian perlu mengambil perhatian dari segi keperluan serta memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan,” katanya.

Muhammad Aiman dilaporkan menjadikan pembinaan hospital sebagai agenda utama jika menang PRK itu memandangkan ia merupakan permasalahan paling banyak diutarakan masyarakat setempat.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Sambutan Tahun Baru Cina kementeriannya di sini hari ini, Dzulkefly berkata Muhammad Aiman boleh mengesyorkan tetapi keputusan kementerian dibuat selepas beberapa syarat yang ditetapkan dipenuhi.

Ditanya sama ada Muhammad Aiman sudah berbincang dengan pihak kementerian berhubung cadangannya, Dzulkefly berkata calon PH itu belum berbincang dengan beliau atau timbalannya namun bersedia mendengar pandangannya.

Mengulas penyebaran gambar setiausaha politik Perdana Menteri (Muhammad Zahid Md Arip) sedang merokok di sebuah premis makanan, Dzulkefly berkata larangan merokok yang telah dikuatkuasakan sejak Januari itu terpakai kepada semua orang tanpa memilih bulu atau sebarang pengecualian.

"Semua perlu mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan termasuk kepimpinan PH dan parti lain," katanya.

Dalam perkembangan lain, Dzulkefly berkata beliau bersama Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke telah berbincang dengan pihak pengurusan Mawar Medical Centre di Seremban bagi memastikan kesinambungan pada rawatan hemodialisis di 13 pusat tidak terjejas.

"Kami memahami akan kesulitan dihadapi khususnya pesakit hemodalisis. Saya sangat berharap proses penempatan dapat diselesaikan dalam masa terdekat. Pusat perubatan termasuk 13 pusat hemodalisis itu dijangka dapat beroperasi seperti biasa selepas menangani beberapa kekangan dan syarat yang ditetapkan," katanya. 

Pada 14 Feb lepas, Kementerian Kesihatan menyita Pusat Perubatan Mawar dan Pusat Hemodialisis Mawar di Senawang yang telah dibatalkan lesennya pada bulan lepas.

Berhubung sepanduk tawaran biasiswa bersifat rasis, Dzulkefly berkata pihaknya menerima permohonan maaf secara terbuka Hospital Pantai Sungai Petani dan berharap perkara tersebut tidak berulang.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018