HLA sasar 12,000 polisi insurans 'HLA Fit CI' dilanggan menjelang hujung tahun

Ketua Pegawai Eksekutif Hong Leong Assurance Bhd (HLA) Loh Guat Lan (kiri) dan Ketua Pegawai Operasi HLA Loke Kah Meng menunjukkan isyarat bagus selepas menyempurnakan majlis pelancaran aplikasi HLA FiT di ibu pejabat HLA di Petaling Jaya hari ini. Foto: Sivanandini Narayanen dan Nurul Hannah Mohd Yusof

PETALING JAYA, 19 Feb (Bernama) -- Hong Leong Assurance Bhd (HLA) menyasarkan 12,000 polisi dilanggan menjelang hujung tahun ini untuk pelan insurans ‘HLA Fit CI (Critical Illnesses)’ yang dilancarkan awal tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif HLA, Loh Guat Lan berkata pelan insurans itu mendapat sambutan yang mengalakkan dengan mencatat lebih 1,000 langganan polisi dalam masa 10 hari selepas ia dilancarkan.

“Pemegang polisi insurans HLA Fit CI ini juga akan menerima penjejak kecergasan secara percuma (Fitness Tracker) serta diberi jaminan tiada kenaikan premium selama 10 tahun tersebut. Aplikasi HLA FiT itu dipautkan dengan pelan insurans HLA FiT CI yang melindungi 10 penyakit kritikal utama.

"HLA FiT diukur dengan keaktifan gaya hidup dan kecergasan seseorang. Sekiranya mereka kekal aktif, usia biologi mereka akan menjadi rendah dan mereka akan menerima mata ganjaran mingguan untuk keaktifan mereka yang boleh ditebus serta baucar diskaun premium," katanya pada sidang media selepas pelancaran aplikasi HLA FiT di sini, hari ini.

Selain itu, Loh berkata sempena pelancaran aplikasi HLA Fit hari ini HLA Assurance buat pertama kalinya akan menganjurkan HLA FiT Run yang akan dilancarkan serentak di lima lokasi pada 10 Mac depan.

Lima lokasi itu ialah Taman Botani Negara (Shah Alam, Selangor), Wisma Boon Siew, Upper Penang road (Pulau Pinang), Galeri Jualan Bandar Eco Botani (Johor Baharu, Johor), Masjid Kampung Hulu (Melaka) dan Masjid Bandaraya Tanjung Lipat (Kota Kinabalu, Sabah).

"HLA FiT Run diadakan bersempena pelancaran aplikasi kecergasan berintegrasikan Biological Age Model yang pertama di Malaysia. HLA FiT Run akan dijadikan sebagai aktiviti tahunan HLA. Penganjurannya akan ditambah baik pada setiap tahun dengan meluaskan acara larian itu ke beberapa negeri lain, antaranya negeri-negeri di pantai timur dan Sarawak,” katanya.

Dalam pada itu, HLA Roadshows akan diadakan pada bulan depan di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka dan Johor Baharu bertujuan memberi kesedaran mengenai HLA Fit kepada masyarakat.

Maklumat lanjut mengenai HLA FiT Run dan HLA FiT CI boleh diperolehi dengan melayari https://www.ticket2u.com.my/sport dan hubungi talian 03-7650 1288 atau kunjungi cawangan HLA di seluruh negara.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018