KKM sasar kadar penyusuan susu ibu sebanyak 70 peratus menjelang 2025



KOTA BHARU, 20 Feb (Bernama) -- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyasarkan kadar penyusuan susu ibu eksklusif dalam kalangan bayi bawah umur enam bulan mencecah sebanyak 70 peratus menjelang 2025.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr Zaini Hussin berkata, mengikut data KKM hingga kini kadar penyusuan susu ibu eksklusif bagi bayi bawah umur enam bulan hanya 47.1 peratus. 

Bagi mencapai sasaran itu dalam tempoh enam tahun dari sekarang, pelbagai usaha perlu ditingkatkan selain pihaknya bekerjasama dengan Universiti Sains Malaysia (USM) dan World Alliance of Breastfeeding Action (WABA) untuk memberi pendedahan mengenai amalan penyusuan susu ibu kepada masyarakat.

“Kita perlu mempertingkatkan usaha peranan semua pihak bukan sahaja ibu tetapi bapa serta masyarakat sekeliling, memandangkan kita tahu susu ibu adalah yang terbaik bagi perkembangan bayi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Persidangan Pemakanan Bayi dan Kanak-Kanak Kecil di sini hari ini yang dirasmikan oleh Pengarah Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia Prof. Datuk Dr Ahmad Sukari Halim.

Persidangan yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini turut dihadiri 250 peserta dari seluruh negara membabitkan NGO dan pengamal perubatan yang akan membentangkan 25 kertas kerja.

Dr Zaini berkata, antara yang menjadi faktor penyumbang kepada kurangnya penyusuan ibu adalah membabitkan wanita bekerjaya, tetapi jika dilihat sudah banyak tempat bekerja yang menyediakan tempat penyusuan ibu di tempat kerja, malah kita juga mempunyai kaedah untuk menyusu bagi wanita yang bekerjaya.

“Jadi ia tidak boleh dijadikan kerjaya sebagai alasan untuk tidak memberi susu kepada bayi, malah susu ibu ini bukan sekadar makanan kepada bayi tetapi untuk perkembangan positif kanak-kanak,” katanya.

Sementara itu, Dr Ahmad Sukari berkata, Polisi Penyusuan Susu Ibu Kebangsaan menyatakan bahawa ibu-ibu digalakkan menyusui bayi mereka secara eksklusif sejak lahir sehingga umur enam bulan dan diteruskan sehingga 2 tahun. 

“Pemakanan terbaik untuk bayi baru lahir adalah susu ibu, sama ada susu ibunya sendiri atau susu dari ibu susuan yang menjadi asas kehidupan seorang bayi dan kita perlu memastikan semua bayi yang dilahirkan di negara ini mendapat hak mereka iaitu susu ibu,” katanya. 

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018