KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Golongan wanita mesti berani menangkis perasaan malu untuk membuat pemeriksaan awal kanser payudara, kerana diagnosis awal boleh mengurangkan risiko kematian, kata isteri Perdana Menteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.
Beliau berkata pengesanan awal penyakit sangat penting kerana ia boleh membantu dan meningkatkan peluang mereka untuk sembuh.
Katanya pemeriksaan kanser payudara kini lebih mudah dan kurang menyakitkan berbanding teknologi suatu ketika dahulu.
“Kita sebagai wanita perlu sentiasa peka dan mengajar anak-anak kita mengenai penyakit kanser payudara yang cukup berbahaya ini, atau kalau boleh saya rujuk ia sebagai penyakit yang boleh dirawat kini,” katanya ketika merasmikan rawatan Intraoperative Radiotherapy (IORT) untuk kanser payudara di Pusat Perubatan Prince Court di ibu negara hari ini.
“Kita perlu memainkan peranan kita serta bersyukur, dan kita perlu menjaga apa yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada kita,” tambahnya.
Dr Siti Hasmah berkata masyarakat perlu mempunyai kesedaran bahawa pemeriksaan kanser pada peringkat awal harus dilakukan walaupun mereka tidak mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai kanser.
Isteri Perdana Menteri turut berkongsi pengalaman mengenai pesakit kanser, iaitu kakaknya sendiri, Allahyarham Datuk Paduka Saleha Mohd Ali yang mempunyai lima jenis kanser walaupun keluarga mereka tidak mempunyai sejarah penyakit itu.
"Kakak saya Saleha, saya pasti anda semua tahu, dia ada lima (lima jenis kanser). Dia ada barah otak, dan kemudian kanser payu dara, dan ada GIST gastrinoma, dan kemudiannya yang paling serius sehingga membawa kepada kematiannya kanser rahim… dia satu-satunya saudara kandung kami yang ada semua kanser itu,” katanya.
Dr Siiti Hasmah berkata kesedaran kanser payudara dahulu kurang diketengahkan disebabkan faktor masyarakat yang masih beranggapan ia adalah tabu dan tidak sesuai dibicarakan kepada orang awam.
Katanya adalah menjadi tanggungjawab kerajaan, pihak swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk meneruskan usaha menyebarluaskan pengetahuan mengenai kanser yang menjadi pembunuh nombor satu wanita Malaysia.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN