537 kematian akibat ebola dilaporkan di Republik Demokratik Congo - PBB

NEW YORK, 21 Feb (Bernama) -- Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) telah melaporkan sejumlah 537 kematian dalam kalangan 844 kes Ebola di Republik Demokratik Congo (DRC) sejak Ogos tahun lepas.

Menurut laporan agensi berita China Xinhua yang memetik kenyataan Stephane Dujarric, jurucakap Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres, OCHA melaporkan pada Rabu bahawa Kementerian Kesihatan DRC minggu lepas telah memohon sejumlah US$147 juta bagi menampung kos "semua aspek tindak balas (Ebola) selama enam bulan."

"Setakat 18 Feb, sejumlah 844 kes dan 537 kematian telah dilaporkan sejak penularan wabak itu bermula pada Ogos 2018," kata Dujarric kepada pemberita semasa taklimat rutin. 

"Sejumlah 278 orang telah sembuh daripada jangkitan Ebola."

"Kementerian Kesihatan (DRC), Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan rakan kongsi mereka terus memberikan respons kepada semua isyarat di kawasan terjejas, selain mempertingkat kesiapsiagaan di zon kesihatan tidak terjejas serta negara jiran," katanya. 

"Insiden keselamatan yang serius dan ketidakpercayaan masyarakat terus menghalang respons terhadap Ebola."

Meskipun beliau tidak mengulas situasi di timur kawasan penularan wabak itu, Pusat Penyelidikan dan Dasar bagi Penyakit Berjangkit (CIDRAP) Universiti Minnesota berkata kes terkini "menekankan bahawa Katwa, sebuah bandar di timur DRC, kekal sebagai pusat penularan semasa Ebola."

CIDRAP juga menyatakan bahawa sejak Ogos tahun lepas, lebih 80,000 orang di DRC dan negara jiran telah diberi vaksin.

Pusat itu turut melaporkan kebimbangan berhubung isu keselamatan susulan keganasan yang semakin meningkat di rantau tersebut.

-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2