Pulau Pinang
GEORGE TOWN, 22 Feb (Bernama) -- Jabatan Kesihatan Negeri hari ini melancarkan ‘Mutiara Health Kiosk’, yang berperanan sebagai pusat sehenti bagi memudahkan penduduk di negeri ini mendapatkan saringan kesihatan.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan Pulau Pinang, Dr Afif Bahardin yang melancarkan kios itu berkata pelancaran kios ini selaras dengan misi kerajaan untuk membolehkan rakyat, khususnya yang kurang berkemampuan mendapat akses untuk perkhidmatan kesihatan pada kos murah atau percuma.
“Rakyat akan mendapat kemudahan pemeriksaan kesihatan dengan lebih mudah dan senang kerana tempat yang dipilih adalah strategik,” katanya ketika berucap untuk melancarkan kios itu di Bangunan Mara di sini.
Pengarah Kesihatan negeri, Dr Wan Mansor Hamzah berkata kiosk ini yang pertama diwujudkan di negeri ini dengan tujuan untuk meningkatkan lagi kesedaran awam tentang kepentingan membuat pemeriksaan kesihatan dan pengesanan awal masalah kesihatan.
“Penglibatan rakyat dalam penjagaan kesihatan adalah antara strategi utama untuk mencapai kesihatan yang lebih baik,” katanya.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN