Kementerian Kesihatan siasat kedai makan guna bahan terlarang

Dr Lee Boon Chye (duduk dua, kiri) menunjukkan risalah pada Program Kempen Jom Hapuskan Aedes anjuran Kelab Rotary Ipoh Selatan di Pusat Kesihatan Kinta Greentown Ipoh hari ini.

IPOH, 24 Feb (Bernama) -- Kementerian Kesihatan akan menjalankan siasatan sama ada terdapat bahan terlarang digunakan oleh sebuah restoran di Teluk Intan sehingga mengakibatkan pelanggan termasuk beberapa anggota polis mengalami gejala lemah, mengantuk dan khayal selepas menikmati hidangan di premis terbabit, Ahad lepas.

Timbalan Menterinya, Dr Lee Boon Chye berkata sampel beberapa makanan sudah diambil dari restoran berkenaan dan pihaknya sedang menunggu keputusan sama ada terdapat bahan larangan yang digunakan oleh pemilik restoran tersebut.

"Kita masih belum dapat mengesahkan sama ada terdapat bahan larangan dalam makanan tersebut disebabkan keputusan sampel masih belum diperoleh," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Jom Hapuskan Aedes anjuran Kelab Rotary Ipoh Selatan di Klinik Kesihatan Greentown di sini hari ini.

Dalam pada itu, Dr Lee turut menasihati pengusaha restoran supaya mematuhi garis panduan yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang tindakan dikenakan terhadap mereka.

"Semua restoran atau pengusaha makanan memang ada pengawasan secara berkala daripada kementerian kerana bukan sahaja penggunaan  bahan yang tidak dibenarkan tetapi juga kita melakukan pengawasan secara berkala bagi memastikan keadaan restoran itu bersih.

"Pengusaha restoran juga perlu menerima vaksin typhoid secara berkala dan perlu mengikuti kursus pengendalian makanan sebelum memulakan sesebuah operasi kedai makanan atau restoran," katanya.

Pada 20 Feb lepas, sebuah kedai makanan di Teluk Intan diperiksa oleh Jabatan Kesihatan Negeri dan Polis Diraja Malaysia (PDRM)  selepas menerima aduan daripada pelanggan yang mengalami gejala lemah, mengantuk dan khayal selepas menikmati di premis berkenaan.

-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.


UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 1