Beri penerangan sebaik mungkin kebaikan vaksin - Siti Hasmah

Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali (Gambar fail)

LANGKAWI, 24 Feb (Bernama) -- Isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali menyeru para pengamal perubatan dan jururawat untuk memberikan nasihat sebaik mungkin kepada ibu bapa mengenai kepentingan suntikan vaksin untuk kebaikan kesihatan anak-anak mereka.

Siti Hasmah berkata, beliau mengetahui ada dalam kalangan ibu bapa yang bersikap antivaksin dan enggan membenarkan anak-anak mereka disuntik kerana pelbagai faktor dan kepercayaan.

“Ada ibu bapa yang beranggapan tidak perlu vaksin sebab anak-anak mereka akan membesar dan membina imunisasi secara natural (semula jadi), tapi tidak bolehlah ibu bapa tunggu sehingga anak-anak itu ada imunisasi.

“Takkan kita nak tengok nanti berlaku sesuatu kepada anak kita kerana kesan daripada lambat atau tidak diberi vaksin seperti lumpuh dan sebagainya,” katanya semasa melawat dan menyampaikan amanat kepada kakitangan dan jururawat di Klinik Kesihatan Ayer Hangat, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan seorang jururawat yang bertanya tentang tips untuk menasihatkan ibu bapa yang enggan membenarkan anak-anak mereka terutama yang baru dilahirkan disuntik vaksin.

Siti Hasmah berkata, ibu bapa yang bersikap antivaksin ini selalunya akibat kurang pengetahuan mengenai kepentingan vaksin atau mendapat maklumat daripada sumber yang tidak tepat.

“Ada yang memberi pandangan daripada sudut agama bahawa ia haram dan ada juga yang beranggapan vaksin ini akan memberi side effect (kesan sampingan) kepada anak mereka.

“Bukan kita bagi vaksin kemudian anak itu demam, itu bukanlah bahaya ‘side effect’ kerana vaksin ini untuk mencegah penyakit yang lebih berbahaya,” katanya.

Dalam pada itu, Siti Hasmah berkata masyarakat Malaysia khususnya orang Melayu memang terkenal dengan pelbagai amalan perubatan dan kepercayaan secara tradisional, namun perlu mendapatkan fakta dan maklumat tepat mengenainya.

“Kita orang Melayu banyak amalan, macam mengurut badan itu memang baik, tapi amalan lain yang mencurigakan mungkin kena siasat dahulu dan dapatkan maklumat terperinci,” katanya.

-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2