MGRC tawar perkhidmatan saringan genetik, kesan kanser prostat

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Malaysian Genomics Resource Centre Berhad (MGRC) dan subsidiarinya Clinipath Sdn Bhd kini menawarkan perkhidmatan Dtect Prostate , ujian genetik yang boleh mengesan gen berkaitan kanser prostat, pada kos berpatutan. 

Dalam kenyataannya hari ini, MGRC berkata keputusan positif Dtect Prostate bermakna ada keperluan pemantauan patologi secara kerap bagi mengesan penyakit itu dari awal ketika ia lebih mudah dirawat selain menggalakkan mereka yang berkenaan mengubah cara hidup untuk mengurangkan risiko menghidap kanser prostat.

Saringan genetik ini mengenal pasti kecenderungan genetik terhadap kanser prostat, demikian menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, kajian MyScan yang diterbitkan Kementerian Kesihatan pada 2018 menunjukkan pengesanan awal berserta rawatan kanser prostat (tahap 1) membawa kadar survival relatif lima tahun pada 97.3 peratus.    

MGRC dan Clinipath akan terus bekerjasama untuk menyediakan perkhidmatan patologi komprehensif dan ujian genetik terbaharu bagi meningkatkan jangka hayat pesakit di Malaysia dan rantau ini.

MGRC yang merupakan syarikat penjagaan kesihatan tersenarai awam, adalah peneraju dalam perkhidmatan penjujukan genom, analisis bioinformatik dan saringan genetik, dan syarikat kini menumpukan kepada penggabungan ujian genetik terkini dan patologi, bagi membolehkan doktor menyediakan penjagaan kesihatan yang bersesuaian untuk pesakit mereka.

-- BERNAMA  


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2