Larangan merokok di Sarawak berkuatkuasa 1 Mac - Dr Sim

Gambar hiasan

KUCHING, 24 Feb  (Bernama) -- Peraturan larangan merokok di semua permis makanan di Sarawak akan berkuatkuasa 1 Mac, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak Datuk Dr Sim Kui Hian. 

Beliau berkata kerajaan negeri juga bersetuju menangguhkan pelaksanaan denda sepanjang tempoh penguatkuasaan pendidikan selama enam bulan.

“Sepanjang tempoh itu, kerajaan negeri akan bekerjasama dengan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) untuk menjalankan beberapa program seperti terapi merokok, kesedaran pendidikan di peringkat sekolah serta kempen anti merokok, “ katanya kepada pemberita selepas merasmikan Klinik Perubatan New York di sini hari ini.

Dr Sim berkata program kesedaran orang awam sedang dijalankan  kerana kerajaan negeri  mengambil berat terhadap masyarakat yang tinggal luar bandar yang tidak mempunyai akses kepada maklumat  dan didenda oleh pihak berkuasa apabila mereka  merokok di kawasan larangan ketika datang ke bandar.

“Kita mahu melihat kempen anti merokok in bukan sekadar mengenakan denda, kerana ia harus bermula pada peringkat awal persekolahan dan mereka yang hendak menghentikan tabiat merokok kita  bantu menerusi terapi secara percuma,” katanya.

Peraturan larangan merokok telah dilaksanakan di seluruh negara berkuatkuasa 1 Jan tahun ini. Mereka yang didapati merokok di kawasan larangan boleh dikenakan denda sehingga RM10,000 atau penjara manakala pemilik premis yang membenarkan pelanggan merokok boleh didenda RM2,500.

-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2