KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Industri peranti perubatan di Malaysia bersedia untuk mencatatkan pertumbuhan yang kukuh dengan eksport diunjurkan terus mencatat peningkatan dua angka pada tahun ini.
Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) berkata sektor itu mencatatkan pertumbuhan sebanyak 16 peratus kepada RM22.96 bilion pada 2018 berbanding RM19.7 bilion dicatatkan pada 2017.
“Kami berharap eksport peranti perubatan akan terus mencatatkan pertumbuhan dua angka pada 2019. Industri itu dijangka menjadi penyumbang utama kepada eksport pada tahun-tahun akan datang.
“Kami kini bekerjasama rapat dengan penggiat industri dan persatuan yang berkaitan untuk mengenal pasti cara-cara yang MATRADE dapat membantu industri peranti perubatan Malaysia untuk terus berkembang, di peringkat global,” kata Abu Bakar Yusof, Pengarah Bahagian Gaya Hidup dan Sains Hayat dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata momentum yang baik dijana daripada penyertaan MATRADE dalam aktiviti tahunan seperti ekspo Arab Health.
Maklum balas yang diterima daripada syarikat yang mengambil bahagian dalam ekspo itu, pada dua tahun lepas, amat positif.
Arab Health 2019, yang diadakan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu baru-baru ini menampilkan lebih 4,200 peserta pameran dari lebih 150 negara.
Misi utama MATRADE pada acara itu menjana pendapatan sebanyak RM370 juta berbanding RM367 juta dicapai pada ekspo itu pada 2018.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN