Sumber gambar: neuramatix.com
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Malaysian Genomics Resource Centre Berhad (MGRC) dan subsidiarinya, syarikat perkhidmatan patologi Clinipath (Malaysia) Sdn Bhd (Clinipath) hari ini mengumumkan ujian penyaringan genetik terbaru mengkaji gen utama yang berkaitan dengan kanser kolorektal (CRC), Dtect Colon .
MGRC dalam satu kenyataan hari ini berkata penyaringan genetik dapat mengenal pasti kecenderungan genetik kepada CRC.
“Saringan Dtect Colon akan dapat mengenalpasti keperluan pengawasan patalogi yang biasa bagi membendung penyakit lebih awal, semasa ia masih mudah untuk dirawat. Keputusan positif mungkin juga berguna dalam menggalakkan perubahan gaya hidup yang positif bagi membanteras risiko penularan CRC,” menurutnya.
CRC adalah salah satu kanser yang paling biasa yang mempengaruhi kedua-dua lelaki dan wanita dewasa di Malaysia.
Menurut kenyataan itu pada 2018 Kementerian Kesihatan menerbitkan kajian MyScan berkaitan insiden-insiden kanser dan kadar survival.
“Menerusi kajian itu CRC didapati paling tinggi di kalangan kaum Cina, diikuti dengan Melayu dan India. Kadar insiden dodapati meningkat selaras denganpeningkatan umur, terutama umur 55 tahun keatas. Kadar kematian bagi lelaki adalah 1.42 kali lebih tinggi daripada wanita. Lebih penting lagi kajian itu mendapati bahawa pengesanan awal serta rawatan dan CRC (pada tahap 1) membawa kepada kadar survival relatif 5 tahun sebanyak 79.3 peratus. "
Malangnya, peringkat awal CRC sering tidak menunjukkan sebarang gejala penyakit, yang menjadikan penyakit itu sukar dikesan lebih awal.
Gejala-gejala umum mungkin termasuk tabiat usus yang berubah, darah dalam najis, sakit perut, penurunan berat badan, anemia dan halangan usus.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN