Produk jenama Iclusig tidak didaftar dengan KKM



KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Produk berjenama Iclusig yang digunakan sebagai rawatan penyakit leukemia mieloid kronik tidak didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan.

Bagaimanapun, produk tersebut dibawa masuk dengan keizinan di bawah Peraturan 15(6), Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 atas permintaan dan permohonan daripada pakar perubatan untuk pesakit tertentu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

“Hasil semakan mendapati hanya seorang pesakit sahaja yang terlibat dan KKM telah mengambil langkah menghubungi hospital dan pesakit berkenaan untuk tindakan kuarantin produk tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya telah menerima notifikasi daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berhubung produk jenama Iclusig dengan bahan aktif Panotinib yang dipalsukan.

“Perkhidmatan Farmasi KKM akan bekerjasama dengan WHO dan pihak berkuasa yang berkaitan untuk menyiasat perkara ini,” katanya.

Sebarang pertanyaan atau aduan boleh diajukan melalui talian 03-78413200 atau melayari portal Sistem Pengurusan Aduan Agensi Awam (SisPAA) di http://moh.spab.gov.my.

-- BERNAMA


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018