SEMENYIH, 26 Feb (Bernama) -- Cadangan kerajaan untuk membina satu lagi klinik kesihatan di Semenyih dilihat sebagai permulaan yang baik untuk kemudahan yang lebih besar di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.
Sehubungan itu, cadangan berkenaan disambut baik oleh calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Muhammad Aiman Zainali.
Beliau, yang memperjuangkan pembinaan sebuah hospital di Semenyih dalam kempennya berikutan isu itu paling banyak diutarakan penduduk setempat, berkata cadangan itu satu perkembangan baik untuk penduduk di Semenyih .
"Itu perkara baik (bina satu lagi klinik kesihatan) dan bukti kerajaan mendengar suara rakyat, mungkin bermula dengan klinik, ada peluang kita cuba ketengahkan sehingga ia (bina hospital) dilaksanakan, Kita tetap akan perjuangkannya (bina hospital), kerana ia keperluan rakyat Semenyih," katanya kepada pemberita selepas meninjau proses pengundian awal di Kem Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Semenyih di sini hari ini.
Malam tadi, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mencadangkan pembinaan sebuah lagi klinik kesihatan di Semenyih, sebagai tambahan kepada dua klinik kesihatan sedia ada, bagi memastikan penduduk di kawasan ini mendapat kemudahan perubatan kesihatan yang baik.
Dzulkefly berkata cadangan itu sebagai penambahan kepada usaha menambah fasiliti di dua klinik kesihatan sedia ada di pekan Semenyih dan Beranang yang telah lama dan uzur.
Ketika ditanya mengenai kelewatannya meninjau proses pengundian awal itu walaupun beliau dimaklumkan sepatutnya hadir pukul 9.00 pagi, Bendahari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu menjelaskan beliau dihalang masuk oleh anggota keselamatan polis berikutan kegagalannya mempamerkan pas calon.
"Saya sudah sampai di pintu utama pukul 8.50 pagi ini, tapi sebab saya tidak bawa pas (calon) polis tidak benarkan saya masuk ke pusat undi awal.
"Pas saya tertinggal dalam sebuah kereta lain yang sudah bergerak ke Kuala Lumpur dan terpaksa tunggu sehingga pas dihantar semula kepada saya," katanya.
Walaupun dihalang polis, namun Muhammad Aiman memuji tindakan itu kerana ia mempamerkan ketelusan pihak berkuasa.
"Ini bukti bahawa polis amat telus, biarpun saya calon (daripada parti) kerajaan bila saya tak bawa pas, saya perlu tunggu sampai ada pas," katanya.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN