JKN Sarawak rampas komestik tidak bernotifikasi bernilai RM1.07 juta

KUCHING, 26 Feb (Bernama) -- Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sarawak, melalui Cawangan Penguatkuasaan Farmasi (CPF), telah merampas beberapa jenis kosmetik tidak bernotifikasi bernilai kira-kira RM1.07 juta dalam satu serbuan di bandar Sibu.

Pengarah JKN Sarawak Dr Jamilah Hashim berkata pada serbuan tersebut yang dilakukan pada 18 Februari lepas di sebuah premis di Sibu,  35,000 kotak kosmetik yang tidak bernotifikasi telah dirampas.

“Kesemua kosmetik tersebut dipercayai dibawa masuk secara tidak sah untuk pasaran domestik khususnya di Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata CPF sedang menjalankan siasatan secara menyeluruh terhadap semua pihak yang terlibat dan akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak berkenaan.

Individu atau syarikat yang didapati terlibat menjual kosmetik-kosmetik berkenaan akan disiasat di bawah Akta Jualan Dadah 1952.

Menurutnya JKN Sarawak juga memberi amaran kepada mana-mana individu atau syarikat yang mempunyai stok kosmetik ini agar menghentikan penjualan, pengedaran atau penggunaannya dengan serta-merta memandangkan kosmetik tersebut tidak terjamin daripada segi kualiti dan keselamatannya.

Dr Jamilah berkata orang awam boleh menyemak status notifikasi sesuatu kosmetik melalui laman web https://www.npra.gov.my di ruangan “Product Status” atau dengan menghubungi Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) di talian 03-78835400.

Beliau berkata kosmetik yang bernotifikasi mempunyai nombor notifikasi yang bermula dengan huruf “NOT”, diikuti oleh 9 digit nombor dan diakhiri dengan huruf “K”.

Katanya orang ramai dan pihak media juga digalakkan untuk melaporkan serta menyalurkan maklumat berkenaan mana-mana kosmetik yang meragukan sebagai tindakan bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk membanteras pengimportan dan penjualan kosmetik yang tidak dibenarkan melalui laman web https://www.pharmacy.gov.my

-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018