JOHOR BAHRU, 26 Feb (Bernama) -- Seorang daripada lima kanak-kanak yang dimasukkan ke Wad Pengasingan Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini akibat difteria, Sabtu lepas, dibenarkan pulang ke rumah hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Johor Dr Sahruddin Jamal berkata kanak-kanak terbabit, bagaimanapun, masih di dalam pemantauan pihak hospital dalam tempoh dua minggu ini.
“Empat kanak-kanak lain pula masih ditempatkan di Wad Pengasingan, namun, keadaan kesemua mereka dilaporkan stabil,” katanya yang dihubungi di sini hari ini.
Terdahulu, kelima-lima kanak-kanak terbabit, iaitu tiga perempuan dan dua lelaki berumur empat tahun ke bawah tersebut dimasukkan ke HSA selepas didapati positif difteria.
Kesemua mereka mempunyai kontak dengan kanak-kanak lelaki berumur dua tahun sebulan yang meninggal dunia disyaki akibat difteria, 21 Feb lepas, termasuk kakak kepada kanak-kanak yang meninggal dunia itu.
Kesemua mereka juga merupakan antara 52 individu yang menjalani ujian saringan difteria dan kehadiran Corynebacterium Diphteria dikesan pada sampel calitan tekak mereka.
Sementara itu, Dr Sahruddin turut menafikan mesej tular di laman sosial yang menasihati ibu bapa supaya mengelak membawa anak-anak mereka di sekitar Mutiara Rini, di sini, kononnya terdapat jangkitan difteria di kawasan terbabit.
“Saya ingin memberitahu masyarakat bahawa isu (mesej) itu tidak benar. Diharap masyarakat jangan mudah menularkan sesuatu isu yang tidak pasti kebenarannya,” katanya.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN