Mesej tular kes difteria di Tangkak tidak benar

Johor

JOHOR BAHRU, 27 Feb (Bernama) -- Mesej tular yang mendakwa kononnya ada kes jangkitan difteria di daerah Tangkak melibatkan 15 pelajar adalah tidak benar.

Mengesahkan perkara itu, Pengarah Kesihatan Johor, Dr Selahudden Abdul Aziz berkata pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung kes berkenaan yang didapati kini tular dalam aplikasi Whatsapp.

"Ini laporan palsu dan tidak benar sama sekali. Mohon orang ramai jangan sebarkan perkara seperti itu kerana tidak akan membawa keuntungan kepada sesiapa.

"Malahan akan timbul suasana panik kepada orang ramai, ada sesetengah orang seronok sebar mesej palsu seperti ini, jadi saya harap tolong jadi orang yang bertanggungjawab (yang tidak sebarkan perkara palsu),” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Dr Selahudden turut menasihati orang ramai agar tidak mempercayai dan berhenti menyebarkan mesej palsu itu.            

Antara kandungan mesej itu mendakwa ada kakitangan di sebuah klinik kesihatan dekat Tangkak telah memaklumkan terdapat kes difteria yang melibatkan 15 pelajar.

Mesej itu juga memberi pesanan supaya  tidak berkongsi penyedut minuman, botol minuman, sudu dan garfu bagi mengelakkan sebarang jangkitan.

Terdahulu, Dr Selahudden berkata setakat ini empat kanak-kanak yang berada di Wad Pengasingan Hospital Sultanah Aminah (HSA) sejak Sabtu lepas, masih belum dibenarkan pulang dan berada dalam keadaan stabil.

Tengah hari semalam, seorang daripada lima kanak-kanak terbabit telah dibenarkan pulang ke rumah (26 Feb).

Terdahulu, kelima-lima kanak-kanak terbabit iaitu tiga perempuan dan dua lelaki berumur bawah empat tahun dimasukkan ke HSA selepas didapati positif difteria.

Kesemua mereka dipercayai ada bersentuhan dengan kanak-kanak lelaki berumur dua tahun itu, yang meninggal dunia disyaki akibat difteria pada 21 Feb lepas termasuk kakaknya.

-- BERNAMA  


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018