KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Kementerian Kesihatan mengingatkan orang ramai agar bersiap sedia dan mengambil tindakan sewajarnya dalam menghadapi fenomena cuaca panas yang dijangka berakhir hujung Mac ini.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata cuaca panas yang terlampau boleh menyebabkan seseorang kerap berpeluh dan kesannya cecair dalam tubuh akan berkurangan.
“Ini menyebabkan individu terbabit akan mudah berasa letih dan kurang bertenaga serta lebih berisiko mengalami dehidrasi dan strok haba,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar minum air secukupnya dan minumlah air yang telah dimasak.
“Hadkan aktiviti luar dan jika tidak dapat dielakkan pakai topi atau payung yang boleh melindungi diri daripada terlalu terdedah dengan cuaca panas.
“Orang ramai juga dinasihat memakai pakaian yang ringan dan elakkan daripada memakai pakaian yang tebal dan ketat serta digalakkan untuk berada di dalam rumah atau bangunan yang mempunyai pengudaraan yang cukup atau kelengkapan pendingin hawa,” katanya.
Dr Noor Hisham berkata mereka yang mengalami penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata atau jangkitan paru-paru kronik hendaklah segera ke klinik sekiranya keadaan penyakit bertambah teruk.
“Perokok, pengguna rokok elektronik dan vapers juga dinasihat supaya berhenti,” katanya.
Panduan penjagaan kesihatan mengenai cuaca panas dan kering juga boleh diperoleh menerusi portal sesawang http://www.myhealth.gov.my/cuaca-panas-a-kesihatan.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN